Monday, June 22, 2009

Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Budaya ilmu merupakan satu budaya yang amat penting bagi seseorang guru. Guru sebagaimana yang kita sedia maklum merupakan agen pemikir, pencambah idealisme , pengembang budaya, suara golongan pertengahan dan bawahan , murobbi, juru tunjuk dan pelbagai peranan atau fungsi lagi .
Segala peranan atau fungsi ini tidak mampu direalisasikan oleh seseorang guru melainkan dengan ilmu. Persoalan di sini. Adakah ilmu itu hanya sekadar ilmu yang kita peroleh di bilik kuliah sahaja ?
Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang lain yang merupakan satu prospek yang penting bagi membina idealisme dan sifat kepimpinan bagi seorang guru.
Tidak melampau kiranya seandainya saya berpandangan bahawa peraturan-peraturan dan akta-akta yang mengikat para guru pada hari ini (Peraturan -peraturan Institut perguruan dan Akta 174)merupakan satu halangan yang seolah-olah tidak dapat diterobos oleh sebahagian daripada mentaliti guru pelatih IPGM.
Bayangkan sendiri apabila sebahagian guru pelatih tidak berani untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Badan-badan luar dari IPGM seperti badan-badan bukan kerajaan walaupun program tersebut bersifat ilmiah, tarbiyah dan penting bagi kefahaman islam dan kepimpinan guru pelatih itu sendiri.
Saya secara peribadi beranggapan guru-guru peltih ini seumpama robot-robot yang hanya tahu melakukan sesuatu sepertimana yang telah diprogramkan.
Pengalaman saya sendiri dengan sahabat-sahabat yang tidak ikut usrah maupun program, kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan dengan bermain permainan komputer, membaca komik, lepak, menonton wayang dan vcd dan sebagainya. Apakah guru seumpama ini diharapkan untuk mendidik anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan berfaedah?
Apakah mereka (guru-guru peltih yang bersifat demikian) mampu bercakap soal idealisme, kepimpinan, isu-isu kebejatan sosial, politik semasa, dan persoalan moral dan agama?
Saya tidak bermaksud bahawa mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan guru yang tidak bermoral dan berakhlak , tetapi apakah yang boleh diharapkan dengan guru-guru seumpama ini.Itu baru beberapa kes yang disifatkan kecil .
Ini tidak termasuk lagi dengan guru-guru pelatih yang kerap kali pergi ke kelab malam dan gig untuk berhibur, berdua-duaan (amalan berpasangan tanpa nikah) , dan pelbagai perkara yang memualkan dan menjijikkan untuk didengari.
Di IPGM saya pernah berlaku kejadian di mana sepasang guru pelatih ditangkap BOGEL di waktu malam .Apa tindakan yang HEP buat? DENDA RM 500.00 SAHAJA. Ini merupakan hukuman paling minimum yang dikenakan terhadap kesalahan berat seumpama ini. Penzina hendak didik generasi depan ? Ini baru di IPGM saya yang amat saya cintai . Bagaimana dengan IPGM teman-teman di luar sana? Bagi saya perkara seumpama ini tidak akan berlaku seandainya budaya ilmu dan akhlak diberikan penekanan utama bagi setiap IPGM di seluruh Malaysia, yang akan mencetak ramai guru-guru pelatih yang akan melahirkan berjuta-juta lagi pelajar dari beberapa banyak generasi .
Bukankah seandainya seorang guru itu menyebarkan satu ajaran salah, kemudian diikuti oleh pelajar mereka, nescaya dosa guru tersebut akan berterusan selagi ada yang mengamalkannya ?
Ilmu sahaja tanpa penghayatan akhlak dan pedoman agama merupakan satu kegagalan pada penghayatan sistem pendidikan itu sendiri .Bayangkan sendiri apabila terdapat partikel pemisahan antara kedua-dua entiti tersebut, maka lahirlah golongan yang hanya tahu mencari nafkah, berkeringat pagi dan petang , namun halatuju dan fokus sebenar dalam hidup itu lari dari landasan yang yang sebenar. Maka hasilnya, kita boleh lihat pada hari ini.
Natijah akibat kebejatan akhlak dalam diri, maka terhasillah banyak perkara yang tidak masuk akal pada suatu ketika dahulu ,tetapi menjadi suatu perkara yang terlampau biasa pada masa kini. Sebagai contoh, seks berkumpulan , raba mangsa beramai-ramai sebelum disebar ke dalam internet dan telefon bimbit, rakam aksi lucah sendiri, ragut , pelajar belasah guru, dan pelbagai ragam lagi yang memeritkan untuk difkirkan.
Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Pendidikan atau keadaan? Kita di IPGM hanya didedahkan dengan APA YANG KITA AKAN AJAR , BUKAN APA YANG SEPATUTNYA KITA AJAR. Sebagai seorang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat , guru-guru pelatih seharusnya ingat bahawa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangka. KITA BUKAN ROBOT, kita merupakan roh-roh baru yang akan menyeliputi dunia ini dengan Islam yang syumul dan menjadi tentera-tentera yang suatu hari nanti akan menegakkan sebuah daulah Islamiyah di dunia.
Sedarilah olehmu, wahai guru. Peranan guru dalam perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah tidak harus dilupakan . Siapa tidak kenal Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba?). Siapa tidak kenal Ustaz Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang merupakan seorang guru agama? Siapa boleh lupa peranan dan idealisme yang mebak-buak di Sultan Idris Training College (kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ?
Bangkitlah olehmu ,para guru! JANGAN TERUS LENA LAGI.

Ahmad Zhafri bin Md Noor
Pengerusi Lujnah Media dan Informasi
Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara
http://deafeningsilent.blogspot.com/

Tuesday, June 16, 2009

Peranan Guru sebagai Revolusioner masyarakat


Skop yang akan kita bincangkan ini adalah amat luas sebenarnya. Dalam fikiran saya , saya sering tertanya-tanya banyak perkara yang berkaitan dengan keguruan , iaitu satu bidang yang akan saya tempuhi dalam masa yang kurang daripada tempoh 3 tahun . Mungkin ini hanya “cebisan” kecil daripada pemikiran saya sendiri.

Saya sering terfikir ,"Adakah kita sebagai guru ini hanya bertindak sebagai “ robot” ,atau sekadar video rakaman yang akan merakamkan apa yang saya pelajari di bilik kuliah saya di IPGM dan menayangkan semula semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah kelak ?

Seandainya , saya ambil kursus Sains Pendidikan, adakah itu sahaja yang saya dapat curahkan kepada anak bangsa ? Adakah tugas saya hanya setakat masuk ,mengajar , balik , makan tidur dan semuanya berakhir bila saya dipanggil menghadap Allah kelak?

Memang sebagai seorang guru begitulah tugas kita sebagai seorang figur yang tugasnya mengajar anak-anak murid di hadapan , namun adakah “sekadar itu”?

Adakakah sekadar itu ? mana penerapan nilai kecintaan agama dan bangsa yang kita hendak semai ?

Di kala Negara kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita yang melibatkan guru dan anak murid merekaBerita yang menyedihkan ,berita yang mengharukan dan berita yang kita akan berasa “takjub” dengannya, sebab ia tak pernah berlaku sebelum ini !

Saya ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis, isu murid buat video lucah di Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah .

Itu tidak masuk lagi dengan gejala mat rempit (atau istilah baru Samseng Jalanan), hisap gam , pergaduhan , black metal , pemurtadan atau kristianisasi ,budaya sampah emo, punk , skinhead dan pelbagai jenis ancaman yang ‘memeritkan jiwa bagi hati yang tidak buta.

Adakah generasi ini yang kita akan beri amanah untuk mewarisi dan mentadbir Negara kita?

Rosak jahanam Negara kita . Seorang cerdik pandai menyatakan , jika ingin melihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada anak mudanya.

Saya secara jujurnya malu untuk menyatakan bahawa saya hanya sekadar seorang guru yang hanya mengajar subjek (sains , sebagai contoh) di hadapan murid-murid (atau mad'u saya) tapi tak mampu menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa yang tercinta ini .

Apa beza antara saya dengan perkakasan pengajaran seperti komputer dan projektor LCD , seandainya saya tidak mampu memberi dan menyelitkan "izzah Islamiyah" dan keunggulan bangsa Melayu sebagai suatu selitan atau “ulam” dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya nanti .

Saya tidak bercakap bahawa kita akan mewujudkan sesi kelas agama sedangkan saya sendiri dipertanggungjawabkan dengan subjek sains.Bukan itu maksudnya.

Maksud saya biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar.

Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Bak kata P.Ramlee ,andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.

Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .

Mereka (anak-anak murid) ini seharusnya didedahkan tentang perkara seumpama itu secara langsung mahupun tidak langsung , bukan hanya setakat menceritakan pengalaman hidup sehari-hari ,makan apa hari ini, pergi mana hari ini , mengumpat guru lain dan sebagainya, tetapi guru-guru hendaklah bertindak untuk keluar daripada mentaliti tersebut.

Ini tidak , buat KARNIVAL Kempen Rukun Negara, “konon-kononnya” menyemai semangat patriotik, tapi pengisian dia, baik pergi Jom Heboh la. Berjoget sana menari sini. Bukan tempat sini la, nun jauh di pedalaman Afrika .

Tiada beza. Kalau cikgu sendiri pun , masuk kelas cakap merepek , cerita pasal rumah tangga , gossip-gosip , mengumpat , buat clique macam budak-budak, pakai seksi sendat , dan tak tunjuk contoh kepada anak-anak murid ,alangkah malangnya generasi muda kita.

Fahamilah bahawa para guru hari ini umpama ibu bapa kepada anak-anak kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan guru-guru di sekolah

.Pagi dan tengah hari di sekolah , kadang kadang petang dan malam pun ada kelas tambahan .(Jadi sememang selayaknya para guru digelar ibu bapa kedua).

Guru-guru ni juga terkadang mengetahui perihal anak-anak murid mereka melebihi ibu bapa anak murid itu sendiri.

Guru umpama seorang daie atau pendakwah yang paling lama yang akan berhadapan dengan mad’u ( golongan sasaran) mereka.

Gurulah antara “engineer” Negara yang paling penting . dari seorang gurulah akan terlahirnya seorang jurutera, dari seorang gurulah lahir seorang ulama, dan dari seorang gurulah lahirnya pelbagai pekerjaan .

Dari seorang guru yang pakai tak seberapa makan pun sederhana ini lahirnya ramai wira dan penyangak bangsa !

Kalau guru kencing berdiri , anak murid bukan setakat kencing berlari tapi terus buat marathon. Ini realiti yang perlu setiap guru terima.

Tak kan kita nak harapkan ustaz-ustazah sahaja buat kerja dakwah ? sedangkan kita telah dipilih sebagai khalifah Allah di muka bumi dan berperanan untuk menyampaikan dakwahNya? Melihat ada antara guru dan pelatih guru yang terlibat dengan zina (sebagaimana pernah berllaku di Pulau Pinang ), Pertandingan “Ratu” cantik pondan (Kota Bharu) , guru rogol anak murid dan beberapa isu lain menyebabkan kita tak senang duduk dan menggeleng kepala.

Mereka ini akan mengajar anak bangsa kita ? Minta dijauhkan.

Kenapa saya begitu menekankan perkara ini? Sebagaimana yang saya tekankan tadi , kita tidak mahu perkara kerosakan yang melanda generasi pelapis ini dari terus berterusan . Yang berlaku biarlah berlalu.

Perkara yang sudah lepas , rosak binasa kalau difikirkan kembali. Apa yang penting kuatkan kefahaman kita tentang Islam , hak dan kerukunan Melayu ,bukan sekadar melaungkan ketuanan Melayu , tetapi habuk tarak.

Projek melepas kat tangan bangsa lain, main tikam belakang anak bangsa sendiri , jawatan pun berebut , dan main rasuah macam makan kacang goreng .Ini kepala bapak punya ketuanan ni. Kembalilah kepada Islam yang syumul .

Usah toleh belakang lagi .Tambahkan ilmumu bukan sahaja dalam bidangmu ,tetapi penekanan kepada fardhu ain mestilah ada. Orang Melayu Malaysia hanya akan maju dengan kembali semula kepada fitrah, yakni kepada agama Islam itu sendiri. Kenapa orang barat boleh maju ?

mereka kembali kepada fitrah mereka- kufur terhadap Allah , menarik muslim ke arah “jalan” mereka dengan menjadikan kita umpama tikus makmal kerana disogokkan dengan segala budaya dan pemikiran sampah (hedonism, sekularisme, wahn dsb ), mengamalkan apa yang dilarang Allah , meninggalkan segala larangan Allah ,kufur terhadap nikmat-Nya dan sebagainya.

Mereka juga menjadikan dunia sebagai tujuan utama mereka. Adakah kita , terutama kepada bakal guru, yang beragama Islam , “berminat” menjadi seperti mereka? Tentu tidak bukan.

Orang Melayu ,jika mengikut definasi yang terdapat dalam perlembagaan , adalah bangsa asal tanah melayu , beragama islam , yang bercakap dalam bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu .

Hendak maju ?Bila kita boleh menjadi maju sedangkan budaya sampah terus diangkut dari kahak Negara barat. Sesetengah budaya yang diceduk dari barat , mereka sendiripun anggap budaya itu sebagai budaya sampah di luar dari norma masyarakat dan budaya “kencingan”.

Sebagai contoh black metal , dan punk. Tapi tidak sedikit anak muda kita yang terperangkap dalam “tipu daya” ini.

Jadi pada hemat saya yang dhaif ini , guru sepatutnya terkehadapan dari segi pentarbiyahan diri dan pengetahuan tentang isu semasa yang melanda Malaysia , khasnya dan melanda dunia amnya.

Saya tidak bercakap dari sudut teori atau sekadar sembang “berasap berapi “, tapi inilah yang sepatutnya kita perjuangkan , khasnya kepada yang telah mengikuti dan menerima tarbiyah , bahkan kepada yang tidak terima tarbiyah , namun “celik” terhadap permasalahan yang melanda.

Di kala para pemimpin masih lagi tidur , masih dengan kepentingan politik sempit mereka, masih dengan pergaduhan sesama bangsa ini hingga mengetepikan tanggungjwab sebenar mereka untuk mendidik dan memimpin rakyat, kitalah ,para pelapis guru yang akan menjadi pemimpin bagi dalam kelas ,ilmunya dan kefahaman untuk ditebarkan ke seluruh alam, insyaalllah .

Bangunlah wahai saudaraku ,rapatkan saff, tahu tujuan , tahu matlamat akhir , kumpul tenaga dan teruskan perjuangan mentarbiyahkan diri. Selepas itu, sebarkan .

Al-Faqir ilallah ,

Ahmad Zhafri bin Md Noor

http://deafeningsilent.blogspot.com

Hempedu Hatiku

Beberapa pondan ditangkap di Kota Bharu beberapa bulan yang lepas setelah menyertai Ratu Cantik Pondan. Salah seorang aripda mereka adalah guru.

Dipetik daripada blog akh izzat anwari hasni

Moderator Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)

Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

Keratan kenyataan pengkid dalam akhbar. Apabila kefahaman Islam Liberal sudah menular, beginilah jadinya. Akal berlandaskan nafsu tanpa ilmu merosakkan pemikiran masyarakat.

Peranan kita? Peranan mahasiswa? Persoalan sekarang adalah apa perlu kita buat, bukan siapa yang perlu buat!

Saya cukup terkilan apabila pengkid ini seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t. kerana menuduh Allah s.w.t. memberi naluri sebegitu.


Tidakkah dia membaca al-Qur‘ān? Tidakkah dia memahami Islam yang sebenarnya? Allah s.w.t turunkan al-Qur‘ān sebagai panduan, bukan sebagai hiasan atau mencantikkan hantaran!

Di mana guru-guru Islam? Sibuk berkursus ke sana ke mari hingga memandang enteng isu ini? Ini persoalan aqidah, bukan persoalan hak asasi!

Saya bakal guru tetapi saya malu dengan sikap kebanyakan guru-guru di Malaysia. Tuisyen bercambah, kelas tambahan makin banyak, tetapi anak murid semakin tidak berakhlak.


Di kampung saya juga bercambah maksiat pelbagai wajah. Guru membiak banyak, tapi anak murid semakin rosak! Mengapa? Tujuan mengajar sudah lari daripada landasan pendidikan Islam. Pendidikan di Malaysia ini secara realitinya adalah dualisme!

Saya dengan keras menyeru guru-guru di luar sana supaya mengubah cara berfikir dengan lebih matang.

Usah terlalu bicara soal gaji, kereta, tempat peranginan, sikap jiran, perangai guru-guru lain, atau sebagainya di dalam bilik guru.

Tekankan persoalan nasib anak didik. Lebihkan bicara persoalan pembinaan akhlak anak murid. Bicara sahaja tidak boleh mengubah masyarakat. Apa yang perlu ialah tindakan! Turun ke masyarakat dan lakukan apa yang termampu!

Saban hari hati ini rasa sesak dengan pemikiran mahasiswa dan guru-guru yang semakin meruncing. Setiap waktu hati ini rasa sebak dengan nasib umat Islam yang dirogol dan dicemuh secara terbuka oleh umat Islam sendiri.


Setiap minggu hati ini rasa hiba melihat anak bangsa memijak jalan yang jauh daripada aqidah. Setiap bulan hati ini gelisah membaca isu-isu masyarakat yang kian reput dimakan parti politik dan mahasiswa yang buta masyarakat!

Di mana guru-guru agama? Di mana guru-guru bangsa? Di mana guru-guru negara?

Jawablah wahai guru-guru!

Keratan akhbar:

PERTAMA sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar ini yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?

Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.

Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?

Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga?

Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.

Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan.

Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan.

Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.

Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat.

Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.

Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

http://darahmerdeka.wordpress.com/2008/11/17/hempedu-hatiku/



Monday, June 15, 2009

Cara-cara Menutup Aurat Yang Dituntut Oleh Islam



p/s : sila klik untuk besarkan imej..

Permasalahan Semasa di IPGM

Berdua-Duaan (Couple)

Jangan Dekati Zina!!!



Tidak menghairankan kalau seluruh agama Samawi mengharamkan dan memberantas perzinaan. Terakhir ialah Islam yang dengan keras melarang perzinaan serta memberikan ultimatum yang sangat tajam. kerana perzinaan itu dapat mengaburkan masalah keturunan, merusak keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak.

Oleh kerana itu tepatlah apa yang dikatakan Allah: “Jangan kamu dekat-dekat pada perzinaan, kerana sesungguhnya dia itu perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32) Islam, sebagaimana kita maklumi, apabila mengharamkan sesuatu, maka ditutupnyalah jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram itu, serta mengharamkan cara apa saja serta seluruh pendahuluannya yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu. Justru itu pula, maka apa saja yang dapat membangkitkan seks dan membuka pintu fitnah baik oleh laki-laki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat yang keji atau paling tidak mendekatkan perbuatan yang keji itu, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat yang keji, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merusak.


Pergaulan Bebas adalah Haram

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, bibi dan sebagainya yang insya Allah nanti akan kami bicarakan selanjutnya. Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

"Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya." Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya. Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.

Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut: "Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati." (Riwayat Bukhari) Yang dimaksud ipar, iaitu keluarga isteri/keluarga suami. Yakni, bahawa berkhalwat (bersendirian) dengan ipar membawa bahaya dan kehancuran, iaitu hancurnya agama, kerana terjadinya perbuatan maksiat; dan hancurnya seorang perempuan dengan dicerai oleh suaminya apabila sampai terjadi cemburu, serta membawa kehancuran hubungan sosial apabila salah satu keluarganya itu ada yang berburuk sangka kepadanya.

Bahayanya ini bukan hanya sekadar kepada instink manusia dan perasaan-perasaan yang ditimbulkan saja, tetapi akan mengancam eksistensi rumahtangga dan kehidupan suami-isteri serta rahasia kedua belah pihak yang dibawa-bawa oleh lidah-lidah usil atau keinginan-keinginan untuk merusak rumahtangga orang. Justru itu pula, Ibnul Atsir dalam menafsirkan perkataan ipar adalah sama dengan mati itu mengatakan sebagai berikut: Perkataan tersebut biasa dikatakan oleh orang-orang Arab seperti mengatakan singa itu sama dengan mati, raja itu sama dengan api, yakni bertemu dengan singa dan raja sama dengan bertemu mati dan api. Jadi berkhalwat dengan ipar lebih hebat bahayanya daripada berkhalwat dengan orang lain. Sebab kemungkinan dia dapat berbuat baik yang banyak kepada si ipar tersebut dan akhirnya memberatkan kepada suami yang di luar kemampuan suami, pergaulan yang tidak baik atau lainnya, Sebab seorang suami tidak merasa kikuk untuk melihat dalamnya ipar dengan keluar-masuk rumah ipar tersebut.


Laki-Laki Menyerupai Perempuan dan Perempuan Menyerupai Laki-Laki

Rasulullah s.a.w. pernah mengumumkan, bahawa perempuan dilarang memakai pakaian laki-laki dan laki-laki dilarang memakai pakaian perempuan [15]. Disamping itu beliau melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki [16]. Termasuk diantaranya, ialah tentang perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan sebagainya.

Sejahat-jahat bencana yang akan mengancam kehidupan manusia dan masyarakat, ialah kerana sikap yang abnormal dan menentang tabiat. Sedang tabiat ada dua: tabiat laki-laki dan tabiat perempuan. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Maka jika ada laki-laki yang berlagak seperti perempuan dan perempuan bergaya seperti laki-laki, maka ini berarti suatu sikap yang tidak normal dan meluncur ke bawah. Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah laki-laki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul laki-laki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai laki-laki dan menyerupai orang laki-laki (Hadis Riwayat Thabarani).

Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang laki-laki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu). Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani) Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"


Dipetik daripada: Halal dan Haram dalam Islam,Dr Yusuf Al-Qaradhawi


Friday, June 12, 2009

Persidangan Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara Kali Pertama
TARIKH :4/7/09
TEMPAT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARUL AMAN

TENTATIF PROGRAM

-9.30 pagi
-pendaftaran

-10.00pagi
-ucapan aluan pengerusi Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara
-preview pengenalan Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara
-SLOT 1 – sedetik bersama pengerusi
-SLOT 2 –perbentangan aktiviti dan pengurusan dakwah oleh setiap wakil IPGM (20minit)
-soal jawab 40 minit (ahli and pembentang)

-1.00 tengahari

-kendiri

-2.00 petang
-Forum dakwah

-3.30 petang
-Jalinan taaruf

-4.30 petang
-tayangan mencerna pemikir dakwah
-ulasan penutup pengerusi Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara

-5.00 petang
-Bersurai

Sila hubungi wakil IPGM yang terdekat

Monday, June 8, 2009

Mesyuarat Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara Kali Ke-3






Mesyuarat ini telah diadakan di rumah seorang sahabat iaitu al-akh Ahmad Zakir Bin Mohd Amin (YDP IPGM KSAH). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh presiden IKatan JPP Kerohanian Zon Utara sendiri iaitu al-akh Nik Mohd Fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed. Turut menghadiri, perwakilan dari IPGM Kampus Ipoh dan IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan pengisian jiwa yang telah disampaikan oleh pengerusi Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan iaitu al-akh Ahmad Zakir Bin Mohd Amin yang juga tuan rumah mesyarat kali ini.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk menentukan halatuju organisasi ini dan mendiskripsikan tugasan persidangan yang bakal diadakan nanti. Berbincangan juga untuk mengemaskini bidang tugas lujnah-lujnah yang telah dibentuk pada menyuarat kali yang ke-2. Dihangatkan lagi dengan perbahasan mengenai permasalahan semasa di IPGM masing-masing.

Kepada semua daie-daie di IPGM, marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan agama Allah di bumi wakafan IPGM kita semua. Sama-samalah kita berjuang mengembalikan kegemilangan Islam di dunia ini.

Dan...

Ianya hendaklah bermula dari kita semua bakal pendidik generasi masa hadapan.

Thursday, June 4, 2009

SENARAI ORGANISASI IKATAN KEROHANIAN JPP ZON UTARA

Presiden
Nik Mohd Fahmi bin Nik Harun Aminarrashed

Timbalan Presiden 1
Abdul Muhaimin bin Abdul Hamid

Timbalan Presiden 2
Hawa Jamilah bt. Hasani

Setiausaha
Muhammad Aizzad Bin Amirudin

Naib Setiausaha
Aini Syafinas Bt Ban

Lujnah Tarbiyah & Kepimpinan

Pengerusi - Ahmad Zakir B. Mohd Amin

Naib Pengerusi 1 - Abdul Rahman B. Ismail

Naib Pengerusi 2 - Nordini Adibah Bakhtiar Bt Yusof


Lujnah Perhubungan Luar

Pengerusi - Mohd Fikri B Roslan

Naib Pengerusi - Mohd Sollehuddin B. Abd. Rani

Lujnah Multimedia & Informasi

Pengerusi - Ahmad Zhafri B. MD Noor

Naib Pengerusi 1 - Ahmad Taqiyyuddin Bin Abdul Kodi

Naib Pengerusi 2 - Aimi Nazihah Binti Shuaib

AMANAT TIMBALAN PRESIDEN 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Salam Islah...

Alhamdulillah ,bersyukuer ke hadrat Allah s.w.t kerana hingga ke saat ini kita masih diberi kekuatan untuk berkhidmat kepada Islam. Sesungguhnya tidak ramai di kalangan manusia yang dipilih oleh Allah untuk memperoleh kesedaran ini .

Dalam meniti perjalanan yang sangat panjang ini , sememangnya menuntut kita melipatgandakan usaha dakwah kerana melihat kepada keadaan semasa, amat perlu bagi kita petugas-petugas Islam untuk lebih dinamik dalam gerakan supaya setiap perancangan yang diatur akan dapat dilaksana dengan baik .Berkata hukama ’ :

الحَقُّ بِلاَ نِظَام يَبْلُغُهُ البَاطِل بِنِظَام

MAKSUDNYA : KEBENARAN TANPA PERANCANGAN AKAN DIKALAHKAN OLEH KEBATILAN YANG

BERPERANCANGAN.



Daripada kata-kata berkenaan, dapat kita ambil satu pelajaran akan peri pentingnya perancangan dalam mengatur setiap urusan. Semua aktiviti atau program tidak akan dapat dilaksana dengan baik jika dilakukan sambil lewa dan tidak serius sert tidak faham pula bidang tugas yang dipertanggungjawabkan.
Sama-sama kita koreksi diri dan semoga kita akan terus istiqamah di ajaln ini walaupun terpaksa melalui liku yang terlalu banyak . Yakini janji Allah yang pasti.I. Wallahua'lam wa 'ilmuhu Atam.

Abdul Muhaimin bin Abdul Hamid
Timbalan Presiden 1,
Ikatan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Zon Utara.

Wednesday, June 3, 2009

AMANAT TIMBALAN PRESIDEN 2

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi yang telah melimpahkan rahmat iman kepada ummat Islam yang berpegang teguh pada syariat-Nya.Selawat dan salam ke atas rasul junjungan serta para sahabat yang berjihad menegakkan diinul islam sehingga seluruh makhluk di dunia ini mendapat rahmat dan redha Illahi.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat illahi kerana dengan izinnya Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya. Malah lebih dari itu, kursus yang telah mengumpulkan hampir 100 orang perwakilan ini telah mencetuskan sesuatu yang pada hemat saya amat bermakna iaitu Ikatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Agama Zon Utara yang diharapkan dapat memantapkan lagi pergerakan membia’ah solehahkan Institut Pendidikan Guru masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus kepimpinan ini.

Gabungan biro-biro agama ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam usaha para perwakilan dalam memberi kefahaman dan penghayatan Islam kepada mahasiswa IPG yang bakal menjadi arkitek bangsa suatu hari nanti.Diharapkan dengan adanya gabungan ini, kita dapat bertukar-tukar pendapat dan pandang. Bagi perwakilan yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini diharapkan tidak lokek memberi panduan kepada perwakilan yang masih hijau dalam lapangan dakwah yang dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi ini.

Sesungguhnya jalan dakwah tidak dihampari permaidani merah tidak pula dihidangkan dengan juadah yang lazat.Jalan dakwah penuh onak dan duri tetapi itu bukan alasan untuk kita terus lari dan menjauhkan diri dalam menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah.Segala kesukaran ini akan terasa manisnya andai seluruh pendokong dakwah dalam gabungan JPP biro agama ini khasnya dan pendokong-pendokong dakwah yang lain amnya bersama-sama memikul dan menggalas amanah ini.

Sebagai peringatan untuk diri ini dan sahabat serta sahabiah dalam keasyikan kita meyeru dan menyebar risalah islam jangan kita lupa untuk sentiasa memperbaharui amal, ibadat dan sentiasa mengkoreksi diri agar sentiasa menjadi insan yang terbaik dari sehari ke sehari.Akhir kalam syukran jazilan diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kalian yang tak pernah bekurangan.Buat mujahid dan mujahidah IPG khasnya semoga setiap amalan kita, setiap gerak kerja kita dipandang dan diterima oleh Illahi.

Hawa Jamilah bt. Hasani
Timbalan Presiden 2
Ikatan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Zon Utara

AMANAT PRESIDEN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya berpeluang mencoretkan sepatah dua kata sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menubuhkan organisasi Ikatan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Zon Utara ini terutamanya usaha dalam penghasilan blog yang amat bermanfaat kepada kita semua.

Sebelum kata menyusun bicara marilah kita sama-sama mengimbau kembali pengajaran daripada kisah nabi Musa ‘alaihissalam ketika baginda dicadangkan agar diterima bekerja, anak gadis nabi Syuaib telah meletakkan dua ciri utama. Pertama al-qawwi (kekuatan) dan kedua al-amin (amanah). Peristiwa ini telah dirakamkan dan diabadikan oleh Allah menerusi firman-Nya : “sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah”. (al-Qasas : 26)

Kekuatan dalam konteks hari ini boleh diinterpretasikan sebagai ketinggian ilmu pengetahuan yang dimilki oleh para da’ie bagi menyampaikan mesej dakwah secara ilmiah. “Dan supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.” (al-Haj : 54).

Manakala amanah pula menyentuh aspek keikhlasan, kejujuran dan ketelusan. Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat agar sama-sama meningkatkan ilmu serta membetulkan niat kerana hati menjadi punca segala kebaikan dan kejahatan. Semoga dengan niat dakwah yang ikhlas kerana Allah, kita semua dapat merasai kemanisan beribadah di jalanNya.

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Sebagai pemegang amanah yang diberi kepercayaan untuk meminpin, kita haruslah menjadi ‘jauhari’ yang mengenal sifat al-amin dan al-qawwi. Kita sewajarnya membuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi sikap ke arah memiliki peribadi muslim yang bukan sahaja cerdik akal, tetapi juga baik hati sebagai qudwah hasanah kepada orang-orang bawahan kita.

Saya yakin dengan terbentuknya organisasi yang kukuh dan ahli-ahli yang memiliki kualiti peribadi seorang mujahid islam yang unggul, segala perancangan dan gerakan dakwah dapat dijalankan dengan jayanya. Suka saya mengingatkan semua bahawa iman di hati ialah kunci utama ke arah perubahan sikap. Transformasi, reformasi, evolusi, revolusi atau apa sahaja istilahnya, pucuk pangkalnya mestilah berlandaskan soal iman di hati.

Firman Allah, “apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan) sehingga rasul dan orang-orang yang bersamanya berkata, “bilakah datang pertolongan Allah?”, ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (al-Baqarah : 214)

Sebagai pemimpin, kita semua tidak pernah dapat lari daripada segala masalah di mehnah perjuangan dalam meneruskan urusan dakwah ini. Jangan sesekali benarkan ujian-ujian yang menimpa, menghapuskan pedoman hidup kita. Ujian adalah perkara normal dalam kita menelusuri kehidupan sebagai musafir di muka bumi milik-Nya. Setiap kali sahabat-sahabat ditimpa masalah ingatlah pada hari ini berjuta orang ditimpa masalah dan anda adalah salah seorang daripadanya.

Hadapilah ujian dan dugaan dengan hati yang tenang dan letakkanlah sepenuh keyakinan bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah dengan qada’ dan qadar-Nya. Winston Churchill menyatakan “A pessimist sees the difficulties in every opportunity : an optimist sees the opportunity in every difficulty “.

Akhir kata, “feeling God in you” ialah jawapan kepada diri kita semua untuk menolak anasir-anasir yang boleh merosakkan keikhlasan semasa kita bekerja dalam sebuah organisasi. Jangan pernah risau jika usaha kita tidak dihargai tetapi risaulah jika kita sudah tidak berharga. Pandangan kita terhadap diri sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang disebut harga diri dan menjadi syarat utama untuk mengecapi kejayaan dalam berdakwah. Salam jihad untuk semua. Wassalam.


Nik Mohd Fahmi bin Nik Harun Aminarrashed
Presiden
Ikatan Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Zon Utara