Saturday, February 27, 2010

Diskusi Pembangunan Dan Keadilan Sosial
Tarikh :6 Mac 2010,
Tempat : Dewan Muzakarah Masjid USM Pulau Pinang,
Masa : Jam 9 pg – 1 ptg.
Bedah Buku;
‘Pembangunan Di Malaysia – Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna’Prof. Wan Mohd Noor Wan Daud (Terbitan UM)
Kupasan oleh;
Mohd Nizam Mahshar (SAM)
Prof. Mohamed Talhah Idrus (HBP, USM)
Forum;‘Pembangunan Untuk Siapa?’
Mohd Yusuf Mohammad (PAJIM)
Dr. Roslan (JIM)
Ustaz Hafiz Nordin (PUMPP)
Kempen Sukarelawan Turun Lapangan;Kes Tanjung Tokong(Pendaftaran Sukarelawan Survey Penduduk pada 13 Mac 2010)
Penerangan Khas; Cikgu Salleh Yahya (Perst. Pnddk. Tg Tokong)
Anjuran : Jaringan Pemuda Da'wah Islamiyyah (JUNDIYY) Pulau Pinang
Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi Ahmad Saiful : 019-4131472

Sempurna

Hidup ini bukan sekadar untuk melengkapkan apa yang kurang, bukan setakat memperbaiki apa yang rosak, tetapi juga untuk menyempurnakan sesuatu yang telah sempurna. Itulah agama yang kita anuti, agama yang kita tunjangi, agama yang kita sayangi. Islam telah sempurna keseluruhannya. Islam adalah pegangan hidup yang sempurna yang telah dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w tanpa cacat celanya. Syumulnya Islam kerana ia datang daripada Allah s.w.t.

Sempurnanya Islam tidak bermaksud kita hanya perlu duduk dan goyang kaki 'seselambernya' tanpa perlu berbuat apa-apa. Tugas kita di sini sebagai khalifah di bumi Allah adalah untuk menyempurnakan Islam yang telah sempurna. Bagaimana pula untuk menyempurnakan sesuatu yang telah sempurna? Dengan hanya menjalankan rukun Islam yang lima tidak menunjukkan bahawa Islam itu sempurna. Caranya adalah dengan menyampaikan ayat-ayat Allah yang sempurna agar masyarakat diluar sana dapat membuka mata bahawa di dunia ini masih ada yang sempurna. Menyampaikan isi-isi islam yang sempurna agar kita dapat hidup dengan langit ketakwaan, kita dapat melihat dengan cahaya keimanan , dan agar kita dapat beramal dengan kesempurnaan.


Untuk menyampaikan ayat-ayat Allah, seseorang perlulah berilmu terlebih dahulu dan jiwanya sentiasa merintih untuk mendalami ilmu. Empayar Islam terbentuk dengan ketinggian ilmu yang menggunung dan ketaqwaan aqidah yang mantap. Runtuhnya epayar Islam kerana pudarnya rasa cinta pada Allah dan Rasul. Hilangnya rasa ketakwaan pada Ilahi. Ilmu merupakan jambatan yang menghala kepada kemajuan pemikiran. Dengan ilmu kita dapat berhujah, dengan ilmu kita dapat menunjukkan yang hak dan batil, dengan ilmu kita dapat membuktikan kebenaran kesempurnaan iman kepada yang mengaku islam dan yang tidak mengenali islam.


Islam telah sempurna tetapi masyarakat yang menganutinya yang menyebabkan Islam ini tidak sempurna. Bagaikan sebuah karya agung yang sempurna telah dicemari dengan lumpur-lumpur dosa oleh orang-orang yang memilikinya. Orang-orang yang melihat karya tersebut hanya akan melihat pada kotornya lumpur. Tingginya nilai karya tersebut telah lenyap ditelan busuknya lumpur. Disinilah tugas kita untuk menyempurnakan sesuatu yang telah sempurna. Bersihkan lumpur dan pamerkan karya agung yang selama ini telah lama bertompok dengan lumpur, bertapuk dengan debu kepada seluruh dunia. Tunjukkan bahawa karya inilah yang paling sempurna sejak dunia ini tercipta. Buktikan pada seluruh dunia bahawa karya agung inilah yang akan memberi kekayaan bukan sahaja di dunia yang fana malah turut memberi kemewahan di bumi yang tiada noktahnya. Perlu diingat bahawa karya agung ini bukan hasil dari tangan makhluk yang tidak sempurna tetapi dari Pencipta yang tiada cacat celanya.


Apa yang penting, iman perlu dipupuk, ilmu perlu dituntut, CINTA perlu disemai dan hidayah perlu dihargai. Jadilah insan yang lebih menyerlah dari biasa. We are here to complete what already complete. Mission need to be accomplish! Takbir!