Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Tuesday, September 22, 2009

Perjuangan Kita Sebagai Rausyanfikir (pemikir yang celik) Masyarakat Masih Jauh









Saya berkesempatan untuk menyertai Muktamar Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi(PERAWI) di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah di Alor Setar anjuran Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah baru-baru ini. Muktamar kali ini hanya berjaya menghimpunkan 150 orang sahaja . Mungkin ini disebabkan hari ini (hari Ahad) merupakan hari bekerja di mana kebanyakan yang hadir terdiri daripada pak cik dan mak cik yang pernah merasai kehangatan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat.

Satu lagi isu yang SEWAJIBNYA guru pelatih IPGM ambil tahu , selain meneruskan kitaran bodoh sehari-hari-(makan , tidur, kuliah , dan seterusnya tanpa perubahan sepanjang tahun) , ialah untuk menggarap kembali perjuangan untuk membangkitkan penggunaan tulisan jawi di Malaysia. Isu ini nampak kecil bagi sesetengah mahasiswa keguruan dan sesetengah pihak ,namun impak akibat pemansuhan pembelajaran tulisan jawi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh seorang menteri pelajaran itu telah berjaya "membunuh" rasa beragama ramai anak bangsa yang beragama Islam di negara ini. Akibat daripada terbunuhnya pembelajaran tulisan jawi , ramai anak bangsa yang beragama Islam tidak mampu membaca Al-Qur'an , menghayati bacaan al-Qur'an dan jika tidak melampau ia dikatakan telah melahirkan generasi yang ber'bin' dan ber'binti', namun tidak mampu mengucap dua kalimah syahadat!

Sepatutnya guru pelatih lebih terkehadapan dalam isu ini , juga termasuk isu-isu lain yang melibatkan integriti agama , bangsa dan leluhur jati diri seperti isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang ternyata telah berjaya menghancurkan masa depan ramai pelajar Melayu, isu pengekalan status asal agama anak setelah salah seorang ibu bapa memeluk islam , isu murtad, penderaan , gejala sosial yang membarah ,Liberalisme Islam serta ideologi yang menjadi perosak aqidah yang lain yang tidak tahu hujung pangkalnya dan sebagainya. Ini tidak masuk lagi dengan isu-isu yang melibatkan generasi muda beliau seperti hedonisme, seks bebas, penagihan gam dan dadah , buli dan banyak lagi.

Suara guru pelatih seakan terus sepi dari segi "suara" dan "kerja tangan" yang melibatkan masyarakat. Ini seakan mewujudkan satu tanggapan bahawa profesion keguruan merupakan profesion orang yang tak tahu apa-apa selain menjadi robot , pengampu, peneruskan dasar-dasar tolol dan tidak realistik oleh pihak-pihak tertentu yang semakin hari semakin menggadai agama , bangsa dan tanah air mereka walaupun giat mencanangkan kepada masyarakat bahawa merekalah pejuang bangsa dan negara yang sebenar.


Ini berbeza dengan sahabat-sahabat daripada IPT yang seakan begitu gah dengan budaya intelek ,diskusi , debat , budaya ilmu , aktivisme ( penyerahan memorandum , perhimpunan dan sebagainya) dan kesedaran kendiri . Berbeza dengan kita di IPGM , kita Masih lagi terperangkap dengan pemikiran picisan dan hedonisme -main permainan video , "dating" ,suka dimanjakan dan dilayan seperti anak-anak belasan tahun, malas seumpama menternak ayam di sangkar. Mungkin inilah generasi yang dikehendaki oleh sesetengah pihak , yang menganggap guru-guru seperti ini merupakan guru yang "baik" , "sopan" dan berhemah tinggi serta patriotik.

Cukup masa pergi cari makanan .Inilah yang amat menyedihkan terutama apabila mengenangkan bahawa gejala sosial hari in bukan lagi suatu barah , tetapi suatu wabak melanda seluruh masyarakat kita pada hari ini. Sekali lagi saya bertanya, mana suara guru pelatih kita? Masih takut dengan "hantu" akta-akta dan peraturan tertentu ?

Berapa orang yang sedar terhadap permasalahan ini? Mana suara guru pelatih kita? Masih tidur? Teruskan tidur. Sehingga kita "dibangkitkan" kelak dalam keadaan diseksa disebabkan gagal untuk memahami realiti masyarakat semasa.Tertarik dengan kata-kata Profesor Khoo Kay Kim .

"The university (dalam konteks kita: IPGM-penulis) today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."


Walaupun dalam kata-kata tersebut beliau hanya menyebut berkenaan dengan Universiti, tetapi kata-kata ini juga boleh diterjemahkan sebagai mahasiswa, yang juga berkait rapat dengan guru-guru pelatih (atau mahasiswa "keguruan") institusi pendidikan guru di Malaysia.
"Sayyid Abul 'Ala Mawdudi dalam satu petikan kata-katanya yang sungguh tajam dan dalam pernah berkata kepada para graduan:

"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini. Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik in, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan
Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."


Ahmad Zhafri bin Md Noor
@Akh Zhaf

Ketua Biro Multimedia dan Informasi Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara
http://deafeningsilent.blogspot.com









Sunday, July 12, 2009

TIBA MASA GURU PELATIH KELUAR DARIPADA ZON SELESA. AYUH!

TIBA MASA GURU PELATIH KELUAR DARIPADA ZON SELESA. AYUH!
DIPETIK DARIPADA BLOG MUNA IZZAH IPGM KTB
6/14/2009 09:50:00 PM

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Dewasa ini kebangkitan mahasiswa IPT dan persatuan-persatuan yang diwakili mereka mula menunjukkan belang masing-masing. Suara mereka mula bergema di sana sini, demonstrasi demi demonstrasi mula menjadi medan luahan hati dan pandangan mereka.

12 Ogos 2008 menyaksikan demonstrasi besar besaran yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM daripada seluruh negara yang mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak sejauh 3km ke Bangunan SUK, Selangor, semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang isu kuota 10 % bukan melayu di UiTM.

Pada tarikh yang sama juga, sekumpulan pelajar Kolej Masterskill juga membuat demontrasi berkaitan isu Pinjaman Tabung Pendidkan Tinggi Negara (PTPTN) di perkarangan Kolej mereka.

Diikuti dengan peristiwa 17 Oktober atau Ten Seventeen yang mana menjadi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila buat julung kalinya mahasiswa dapat menyerahkan memorandum secara by hand kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin dan melakukan demontrasi di hadapan Dewan Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia selama satu jam yang dikhususkan kepada bantahan terhadap sikap diam menteri terbabit.

Ini merupakan salah satu siri-siri demontrasi yang dilakukan oleh mahasiswa sepanjang tahun 2008, yang sebelum ini demontrasi dianggap perkara asing selepas dekad awal 90an. Jika masih ingat, antara demonstrasi terakhir daripada mahasiswa adalah pada 2006 yang lalu iaitu demonstrasi membantah kezaliman zionis di kedutaan Amerika dan demonstrasi Baling iaitu kira-kira pada 24 tahun yang lalu di Kuala Lumpur.

Jelas dan nyata di sini membuktikan mahasiswa sekarang bukan lagi mahasiswa yang sekadar menjadi pak turut yang mengangguk jika setuju dan menggeleng jika membantah. Mahasiswa sekarang bukan lagi golongan mahasiswa yang dipandang lesu tidak bermaya, tiada idealisme. Pandangan masyarakat terhadap golongan mahasiswa sebagai golongan tiada idealisme ini telah berubah sama sekali apabila ada pihak yang menyelar tindakan sebuah parti politik yang bersifat angkuh apabila tidak mahu sama sekali 'mendengar' kritikan atau isu-isu yang diktengahkan oleh kaum muda dan mahasiswa. Biar apa kritikan sekalipun mahasiswa pada hari ini benar-benar menjadi golongan “Task Force” atau “Pressure group” kepada semua orang, daripada senarai parti politik hinggalah kepada orang perseorangan itu sendiri. Mahasiswa hari ini bebas mengkritik, menegur dan memberi cadangan kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan hak dan keadilan masyarakat umum di negara ini.

Terbaru, BERSIH dan DEMA (Student Democratic Movement) telah mengadakan satu bantahan yang digelar "1BlackMalaysia AfterDinnerCoffee" pada 11 Jun lalu yang lantang menyelar situasi politik di Malaysia. Menariknya penggabungan dan kerjasama antara mereka adalah bermula daripada Facebook, laman web sosial yang terkenal.

Namun satu yang masih menjadi persoalan saya hingga kini. Di mana mahasiswa daripada IPGM? Mana suara guru-guru pelatih? Apakah guru-guru pelatih ini pengecut?? Sekadar berapi-api di belakang, apabila diajak bersuara di hadapan, tak mahu! Dengan alasan kita orang kerajaan, tak boleh bersuara lebih-lebih. Pegangan apakah ini? Malaysia negara demokrasi bukan? Kita juga punya hak untuk bersuara bukan? Ini bukan persoalan yang saya ingin ajukan di sini tapi ia adalah hakikat namun realitinya adalah jauh berbeza. Memetik kata-kata Mujahid Page "apakah mulut-mulut guru pelatih ini terkunci atau dikunci?" Itu persoalannya.

Di Malaysia terdapat 28 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau dahulunya dikenali sebagai Maktab yang telah, sedang dan bakal melahirkan beribu ribu guru yang mana bidang tugasnya diketahui umum, mengajar, mendidik masyarakat. Apakah kita sekadar inginkan guru yang bakal lahir itu sekadar guru semata-mata? Guru yang kerjanya sekadar mengajar, atau guru yang sekadar- mengajar?

Pertukaran nama daripada maktab - institut - IPGM melihatkan antara usaha KPM untuk membuat anjakan paradigma kepada bakal-bakal guru ini yang antara hasrat KPM adalah untuk melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu. Saya tidak berminat untuk menyentuh lebih mendalam dalam peranan KPM merealisasikan impian mereka yang satu ini kerana bagi saya jika akar umbinya sendiri sudah pincang, untuk membetulkan ranting-ranting kecil adalah satu perkara sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Melahirkan Guru Yang Murabbi.

Guru yang Murabbi itu kerjanya bukan mengajar semata-mata tetapi mendidik dan mentarbiyah anak-anak muridnya dalam masa yang sama. Murabbi bukan satu perkataan asing untuk guru-guru pelatih yang dalam kelompok tarbiyah saya rasa kerana hal menjadi guru yang murabbi adalah perkara yang ditekankan dalam konteks tarbiyah guru pelatih. Namun bagaiman dengan kelompok yang satu lagi? Kelompok guru pelatih yang tidak mendapat tarbiyah apatah lagi untuk mempunyai fikrah. Kelompok ini saya kira sebagai golongan majoriti dalam satu satu IPGM itu dan suara kita jika bergabung adalah satu perkara yang menakjubkan. Saya bukanlah berniat untuk 'mengkelompokkan' guru-guru pelatih kerana nyatanya kita bernaung di bawah bumbung yang sama, namun ini adalah hakikatnya. Perpecahan dalam kalangan guru pelatih itu memang wujud dan isu ini jika tidak diketengahkan dan tidak diambil perhatian akan menjadi satu isu ibarat duri dalam daging yang menjadi pucuk kepada segala permasalahan perpaduan yang berlaku. Namun saya kagum dengan usaha kelompok beberapa perwakilan pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk berdiri dan bersuara dengan menubuhkan ikatan-ikatan dan kesatuan yang melibatkan usahsama guru-guru pelatih daripada IPGM yang berbeza. Sudah lama medan perjuangan guru-guru pelatih IPGM ketandusan pergerakan yang betul-betul mantap yang boleh menggegarkan dewan parlimen mungkin.




Timbul lagi satu persoalan di benak fikiran. Mengapa pelajar IPGM tidak sebebas pelajar IPTA?

Saya menyeru kepada para guru pelatih sekalian usah sekadar berani di belakang, di alam maya, mari kita bersama-sama bangkit pertahankan hak kita di alam realiti. Ayuh bersama rakan lain perjuangkan bahasa kita yang semakin hilang yang bakal membunuh anak Melayu. Guru pelatih - anda kelompok paling PATUT bersuara dalam isu PPSMI kerana kita antara yang bakal menjadi mangsa dalam isu ini. Kenapa kita masih diam? Diam melihat kemusnahan demi kemusnahan yang bakal menimpa anak bangsa kita, kepincangan demi kepincangan dalam ummah. Jika kita bersatu hati, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kita berada di jalan yang benar.

Sudah sudahlah menikmati hidup muda yang takkan pernah puas yang sentiasa dahagakan hiburan. Suara anda diperlukan!! Tinggalkan segala macam game, hiburan-hiburan yang melalaikan - kita tak nak lahir guru yang turut menjadi mangsa hedonisme! Guru yang tidak mengetahui isu semasa, guru yang lari daripada kenyataan dan sentiasa hidup dalam angan-angan melayan perasaan sendiri. Kita nakkan guru yang profesional, yang lantang bersuara pertahankan hak anak bangsa, yang punya idea-idea bernas untuk dilontarkan demi menggerakkan masyarakat, guru yang bersama sama turun membanteras gejala sosial, guru yang MURABBI!

Ingat, suara anda diperlukan kerana dengan suara anda kita mungkin boleh mengubah dunia. Siapa tahu?



Rujukan.
-Mahasiswakini.
-GamisDaily
-Just A Note - Deafening Silent
-FikrahMahasiswa

Monday, June 22, 2009

Penerapan Budaya Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Budaya ilmu merupakan satu budaya yang amat penting bagi seseorang guru. Guru sebagaimana yang kita sedia maklum merupakan agen pemikir, pencambah idealisme , pengembang budaya, suara golongan pertengahan dan bawahan , murobbi, juru tunjuk dan pelbagai peranan atau fungsi lagi .
Segala peranan atau fungsi ini tidak mampu direalisasikan oleh seseorang guru melainkan dengan ilmu. Persoalan di sini. Adakah ilmu itu hanya sekadar ilmu yang kita peroleh di bilik kuliah sahaja ?
Bagaimana dengan ilmu-ilmu yang lain yang merupakan satu prospek yang penting bagi membina idealisme dan sifat kepimpinan bagi seorang guru.
Tidak melampau kiranya seandainya saya berpandangan bahawa peraturan-peraturan dan akta-akta yang mengikat para guru pada hari ini (Peraturan -peraturan Institut perguruan dan Akta 174)merupakan satu halangan yang seolah-olah tidak dapat diterobos oleh sebahagian daripada mentaliti guru pelatih IPGM.
Bayangkan sendiri apabila sebahagian guru pelatih tidak berani untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Badan-badan luar dari IPGM seperti badan-badan bukan kerajaan walaupun program tersebut bersifat ilmiah, tarbiyah dan penting bagi kefahaman islam dan kepimpinan guru pelatih itu sendiri.
Saya secara peribadi beranggapan guru-guru peltih ini seumpama robot-robot yang hanya tahu melakukan sesuatu sepertimana yang telah diprogramkan.
Pengalaman saya sendiri dengan sahabat-sahabat yang tidak ikut usrah maupun program, kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan dengan bermain permainan komputer, membaca komik, lepak, menonton wayang dan vcd dan sebagainya. Apakah guru seumpama ini diharapkan untuk mendidik anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan berfaedah?
Apakah mereka (guru-guru peltih yang bersifat demikian) mampu bercakap soal idealisme, kepimpinan, isu-isu kebejatan sosial, politik semasa, dan persoalan moral dan agama?
Saya tidak bermaksud bahawa mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan guru yang tidak bermoral dan berakhlak , tetapi apakah yang boleh diharapkan dengan guru-guru seumpama ini.Itu baru beberapa kes yang disifatkan kecil .
Ini tidak termasuk lagi dengan guru-guru pelatih yang kerap kali pergi ke kelab malam dan gig untuk berhibur, berdua-duaan (amalan berpasangan tanpa nikah) , dan pelbagai perkara yang memualkan dan menjijikkan untuk didengari.
Di IPGM saya pernah berlaku kejadian di mana sepasang guru pelatih ditangkap BOGEL di waktu malam .Apa tindakan yang HEP buat? DENDA RM 500.00 SAHAJA. Ini merupakan hukuman paling minimum yang dikenakan terhadap kesalahan berat seumpama ini. Penzina hendak didik generasi depan ? Ini baru di IPGM saya yang amat saya cintai . Bagaimana dengan IPGM teman-teman di luar sana? Bagi saya perkara seumpama ini tidak akan berlaku seandainya budaya ilmu dan akhlak diberikan penekanan utama bagi setiap IPGM di seluruh Malaysia, yang akan mencetak ramai guru-guru pelatih yang akan melahirkan berjuta-juta lagi pelajar dari beberapa banyak generasi .
Bukankah seandainya seorang guru itu menyebarkan satu ajaran salah, kemudian diikuti oleh pelajar mereka, nescaya dosa guru tersebut akan berterusan selagi ada yang mengamalkannya ?
Ilmu sahaja tanpa penghayatan akhlak dan pedoman agama merupakan satu kegagalan pada penghayatan sistem pendidikan itu sendiri .Bayangkan sendiri apabila terdapat partikel pemisahan antara kedua-dua entiti tersebut, maka lahirlah golongan yang hanya tahu mencari nafkah, berkeringat pagi dan petang , namun halatuju dan fokus sebenar dalam hidup itu lari dari landasan yang yang sebenar. Maka hasilnya, kita boleh lihat pada hari ini.
Natijah akibat kebejatan akhlak dalam diri, maka terhasillah banyak perkara yang tidak masuk akal pada suatu ketika dahulu ,tetapi menjadi suatu perkara yang terlampau biasa pada masa kini. Sebagai contoh, seks berkumpulan , raba mangsa beramai-ramai sebelum disebar ke dalam internet dan telefon bimbit, rakam aksi lucah sendiri, ragut , pelajar belasah guru, dan pelbagai ragam lagi yang memeritkan untuk difkirkan.
Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Pendidikan atau keadaan? Kita di IPGM hanya didedahkan dengan APA YANG KITA AKAN AJAR , BUKAN APA YANG SEPATUTNYA KITA AJAR. Sebagai seorang yang mempunyai peranan penting dalam masyarakat , guru-guru pelatih seharusnya ingat bahawa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangka. KITA BUKAN ROBOT, kita merupakan roh-roh baru yang akan menyeliputi dunia ini dengan Islam yang syumul dan menjadi tentera-tentera yang suatu hari nanti akan menegakkan sebuah daulah Islamiyah di dunia.
Sedarilah olehmu, wahai guru. Peranan guru dalam perjuangan membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah tidak harus dilupakan . Siapa tidak kenal Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za'ba?). Siapa tidak kenal Ustaz Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) yang merupakan seorang guru agama? Siapa boleh lupa peranan dan idealisme yang mebak-buak di Sultan Idris Training College (kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ?
Bangkitlah olehmu ,para guru! JANGAN TERUS LENA LAGI.

Ahmad Zhafri bin Md Noor
Pengerusi Lujnah Media dan Informasi
Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara
http://deafeningsilent.blogspot.com/

Tuesday, June 16, 2009

Peranan Guru sebagai Revolusioner masyarakat


Skop yang akan kita bincangkan ini adalah amat luas sebenarnya. Dalam fikiran saya , saya sering tertanya-tanya banyak perkara yang berkaitan dengan keguruan , iaitu satu bidang yang akan saya tempuhi dalam masa yang kurang daripada tempoh 3 tahun . Mungkin ini hanya “cebisan” kecil daripada pemikiran saya sendiri.

Saya sering terfikir ,"Adakah kita sebagai guru ini hanya bertindak sebagai “ robot” ,atau sekadar video rakaman yang akan merakamkan apa yang saya pelajari di bilik kuliah saya di IPGM dan menayangkan semula semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah kelak ?

Seandainya , saya ambil kursus Sains Pendidikan, adakah itu sahaja yang saya dapat curahkan kepada anak bangsa ? Adakah tugas saya hanya setakat masuk ,mengajar , balik , makan tidur dan semuanya berakhir bila saya dipanggil menghadap Allah kelak?

Memang sebagai seorang guru begitulah tugas kita sebagai seorang figur yang tugasnya mengajar anak-anak murid di hadapan , namun adakah “sekadar itu”?

Adakakah sekadar itu ? mana penerapan nilai kecintaan agama dan bangsa yang kita hendak semai ?

Di kala Negara kita hari ini dikejutkan dengan pelbagai berita yang melibatkan guru dan anak murid merekaBerita yang menyedihkan ,berita yang mengharukan dan berita yang kita akan berasa “takjub” dengannya, sebab ia tak pernah berlaku sebelum ini !

Saya ambil contoh beberapa isu yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini. isu murid tendang guru di Perlis, isu murid buat video lucah di Kuala Terengganu , isu ketagihan hidu gam (tora) di kalangan pelajar sekolah di Alor Setar, isu pelajar jual badan untuk tanggung duit persekolahan sendiri dan pelbagai jenis isu yang melibatkan anak bangsa kita yang masih bersekolah .

Itu tidak masuk lagi dengan gejala mat rempit (atau istilah baru Samseng Jalanan), hisap gam , pergaduhan , black metal , pemurtadan atau kristianisasi ,budaya sampah emo, punk , skinhead dan pelbagai jenis ancaman yang ‘memeritkan jiwa bagi hati yang tidak buta.

Adakah generasi ini yang kita akan beri amanah untuk mewarisi dan mentadbir Negara kita?

Rosak jahanam Negara kita . Seorang cerdik pandai menyatakan , jika ingin melihat masa depan sesebuah negara , lihatlah pada anak mudanya.

Saya secara jujurnya malu untuk menyatakan bahawa saya hanya sekadar seorang guru yang hanya mengajar subjek (sains , sebagai contoh) di hadapan murid-murid (atau mad'u saya) tapi tak mampu menyumbangkan sesuatu untuk anak bangsa yang tercinta ini .

Apa beza antara saya dengan perkakasan pengajaran seperti komputer dan projektor LCD , seandainya saya tidak mampu memberi dan menyelitkan "izzah Islamiyah" dan keunggulan bangsa Melayu sebagai suatu selitan atau “ulam” dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya nanti .

Saya tidak bercakap bahawa kita akan mewujudkan sesi kelas agama sedangkan saya sendiri dipertanggungjawabkan dengan subjek sains.Bukan itu maksudnya.

Maksud saya biarlah dalam sesi pengajaran itu diselitkan dengan hadis-hadis , atau kefahaman Islam , persoalan tentang umat dan sebagainya yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung kepada para pelajar.

Jangan dipisahkan agama dengan dunia. Bak kata P.Ramlee ,andai dipisah lagu dan irama , lemah tiada berjiwa , hampa.

Guru-guru seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu dunia yang mendatangkan faedah seperti pengetahuan tentang isu permasalahan sosial semasa, hak keistimewaan orang melayu , peperangan , penindasan dan banyak lagi isu-isu semasa yang boleh diselitkan bagi menanamkan kecintaan anak-anak murid mereka terhadap agama , Negara dan bangsa mereka .

Mereka (anak-anak murid) ini seharusnya didedahkan tentang perkara seumpama itu secara langsung mahupun tidak langsung , bukan hanya setakat menceritakan pengalaman hidup sehari-hari ,makan apa hari ini, pergi mana hari ini , mengumpat guru lain dan sebagainya, tetapi guru-guru hendaklah bertindak untuk keluar daripada mentaliti tersebut.

Ini tidak , buat KARNIVAL Kempen Rukun Negara, “konon-kononnya” menyemai semangat patriotik, tapi pengisian dia, baik pergi Jom Heboh la. Berjoget sana menari sini. Bukan tempat sini la, nun jauh di pedalaman Afrika .

Tiada beza. Kalau cikgu sendiri pun , masuk kelas cakap merepek , cerita pasal rumah tangga , gossip-gosip , mengumpat , buat clique macam budak-budak, pakai seksi sendat , dan tak tunjuk contoh kepada anak-anak murid ,alangkah malangnya generasi muda kita.

Fahamilah bahawa para guru hari ini umpama ibu bapa kepada anak-anak kerana kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan guru-guru di sekolah

.Pagi dan tengah hari di sekolah , kadang kadang petang dan malam pun ada kelas tambahan .(Jadi sememang selayaknya para guru digelar ibu bapa kedua).

Guru-guru ni juga terkadang mengetahui perihal anak-anak murid mereka melebihi ibu bapa anak murid itu sendiri.

Guru umpama seorang daie atau pendakwah yang paling lama yang akan berhadapan dengan mad’u ( golongan sasaran) mereka.

Gurulah antara “engineer” Negara yang paling penting . dari seorang gurulah akan terlahirnya seorang jurutera, dari seorang gurulah lahir seorang ulama, dan dari seorang gurulah lahirnya pelbagai pekerjaan .

Dari seorang guru yang pakai tak seberapa makan pun sederhana ini lahirnya ramai wira dan penyangak bangsa !

Kalau guru kencing berdiri , anak murid bukan setakat kencing berlari tapi terus buat marathon. Ini realiti yang perlu setiap guru terima.

Tak kan kita nak harapkan ustaz-ustazah sahaja buat kerja dakwah ? sedangkan kita telah dipilih sebagai khalifah Allah di muka bumi dan berperanan untuk menyampaikan dakwahNya? Melihat ada antara guru dan pelatih guru yang terlibat dengan zina (sebagaimana pernah berllaku di Pulau Pinang ), Pertandingan “Ratu” cantik pondan (Kota Bharu) , guru rogol anak murid dan beberapa isu lain menyebabkan kita tak senang duduk dan menggeleng kepala.

Mereka ini akan mengajar anak bangsa kita ? Minta dijauhkan.

Kenapa saya begitu menekankan perkara ini? Sebagaimana yang saya tekankan tadi , kita tidak mahu perkara kerosakan yang melanda generasi pelapis ini dari terus berterusan . Yang berlaku biarlah berlalu.

Perkara yang sudah lepas , rosak binasa kalau difikirkan kembali. Apa yang penting kuatkan kefahaman kita tentang Islam , hak dan kerukunan Melayu ,bukan sekadar melaungkan ketuanan Melayu , tetapi habuk tarak.

Projek melepas kat tangan bangsa lain, main tikam belakang anak bangsa sendiri , jawatan pun berebut , dan main rasuah macam makan kacang goreng .Ini kepala bapak punya ketuanan ni. Kembalilah kepada Islam yang syumul .

Usah toleh belakang lagi .Tambahkan ilmumu bukan sahaja dalam bidangmu ,tetapi penekanan kepada fardhu ain mestilah ada. Orang Melayu Malaysia hanya akan maju dengan kembali semula kepada fitrah, yakni kepada agama Islam itu sendiri. Kenapa orang barat boleh maju ?

mereka kembali kepada fitrah mereka- kufur terhadap Allah , menarik muslim ke arah “jalan” mereka dengan menjadikan kita umpama tikus makmal kerana disogokkan dengan segala budaya dan pemikiran sampah (hedonism, sekularisme, wahn dsb ), mengamalkan apa yang dilarang Allah , meninggalkan segala larangan Allah ,kufur terhadap nikmat-Nya dan sebagainya.

Mereka juga menjadikan dunia sebagai tujuan utama mereka. Adakah kita , terutama kepada bakal guru, yang beragama Islam , “berminat” menjadi seperti mereka? Tentu tidak bukan.

Orang Melayu ,jika mengikut definasi yang terdapat dalam perlembagaan , adalah bangsa asal tanah melayu , beragama islam , yang bercakap dalam bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu .

Hendak maju ?Bila kita boleh menjadi maju sedangkan budaya sampah terus diangkut dari kahak Negara barat. Sesetengah budaya yang diceduk dari barat , mereka sendiripun anggap budaya itu sebagai budaya sampah di luar dari norma masyarakat dan budaya “kencingan”.

Sebagai contoh black metal , dan punk. Tapi tidak sedikit anak muda kita yang terperangkap dalam “tipu daya” ini.

Jadi pada hemat saya yang dhaif ini , guru sepatutnya terkehadapan dari segi pentarbiyahan diri dan pengetahuan tentang isu semasa yang melanda Malaysia , khasnya dan melanda dunia amnya.

Saya tidak bercakap dari sudut teori atau sekadar sembang “berasap berapi “, tapi inilah yang sepatutnya kita perjuangkan , khasnya kepada yang telah mengikuti dan menerima tarbiyah , bahkan kepada yang tidak terima tarbiyah , namun “celik” terhadap permasalahan yang melanda.

Di kala para pemimpin masih lagi tidur , masih dengan kepentingan politik sempit mereka, masih dengan pergaduhan sesama bangsa ini hingga mengetepikan tanggungjwab sebenar mereka untuk mendidik dan memimpin rakyat, kitalah ,para pelapis guru yang akan menjadi pemimpin bagi dalam kelas ,ilmunya dan kefahaman untuk ditebarkan ke seluruh alam, insyaalllah .

Bangunlah wahai saudaraku ,rapatkan saff, tahu tujuan , tahu matlamat akhir , kumpul tenaga dan teruskan perjuangan mentarbiyahkan diri. Selepas itu, sebarkan .

Al-Faqir ilallah ,

Ahmad Zhafri bin Md Noor

http://deafeningsilent.blogspot.com

Hempedu Hatiku

Beberapa pondan ditangkap di Kota Bharu beberapa bulan yang lepas setelah menyertai Ratu Cantik Pondan. Salah seorang aripda mereka adalah guru.

Dipetik daripada blog akh izzat anwari hasni

Moderator Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)

Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

Keratan kenyataan pengkid dalam akhbar. Apabila kefahaman Islam Liberal sudah menular, beginilah jadinya. Akal berlandaskan nafsu tanpa ilmu merosakkan pemikiran masyarakat.

Peranan kita? Peranan mahasiswa? Persoalan sekarang adalah apa perlu kita buat, bukan siapa yang perlu buat!

Saya cukup terkilan apabila pengkid ini seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t. kerana menuduh Allah s.w.t. memberi naluri sebegitu.


Tidakkah dia membaca al-Qur‘ān? Tidakkah dia memahami Islam yang sebenarnya? Allah s.w.t turunkan al-Qur‘ān sebagai panduan, bukan sebagai hiasan atau mencantikkan hantaran!

Di mana guru-guru Islam? Sibuk berkursus ke sana ke mari hingga memandang enteng isu ini? Ini persoalan aqidah, bukan persoalan hak asasi!

Saya bakal guru tetapi saya malu dengan sikap kebanyakan guru-guru di Malaysia. Tuisyen bercambah, kelas tambahan makin banyak, tetapi anak murid semakin tidak berakhlak.


Di kampung saya juga bercambah maksiat pelbagai wajah. Guru membiak banyak, tapi anak murid semakin rosak! Mengapa? Tujuan mengajar sudah lari daripada landasan pendidikan Islam. Pendidikan di Malaysia ini secara realitinya adalah dualisme!

Saya dengan keras menyeru guru-guru di luar sana supaya mengubah cara berfikir dengan lebih matang.

Usah terlalu bicara soal gaji, kereta, tempat peranginan, sikap jiran, perangai guru-guru lain, atau sebagainya di dalam bilik guru.

Tekankan persoalan nasib anak didik. Lebihkan bicara persoalan pembinaan akhlak anak murid. Bicara sahaja tidak boleh mengubah masyarakat. Apa yang perlu ialah tindakan! Turun ke masyarakat dan lakukan apa yang termampu!

Saban hari hati ini rasa sesak dengan pemikiran mahasiswa dan guru-guru yang semakin meruncing. Setiap waktu hati ini rasa sebak dengan nasib umat Islam yang dirogol dan dicemuh secara terbuka oleh umat Islam sendiri.


Setiap minggu hati ini rasa hiba melihat anak bangsa memijak jalan yang jauh daripada aqidah. Setiap bulan hati ini gelisah membaca isu-isu masyarakat yang kian reput dimakan parti politik dan mahasiswa yang buta masyarakat!

Di mana guru-guru agama? Di mana guru-guru bangsa? Di mana guru-guru negara?

Jawablah wahai guru-guru!

Keratan akhbar:

PERTAMA sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar ini yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?

Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.

Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.

Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu.

Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka?

Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga?

Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.

Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.

Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.

Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan.

Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan.

Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?

Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.

Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.

Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.

Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat.

Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.

Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.

Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.

Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.

http://darahmerdeka.wordpress.com/2008/11/17/hempedu-hatiku/