Monday, November 30, 2009

Program Sayengi Sek-sek kito- Dakwah Turun Ke Lapangan


Program "Sayengi Sek-sek Kito"-program Daie Turun Ke Lapangan Masyarakat

Lokasi : KB MALL Kota Bharu

Tarikh : 15 Disember (Selasa)

Masa : bermula kumpul jam 8 pagi (datang awal sebab nak briefing program )

Anjuran: segolongan manusia yang ingin menggerakkan dakwah kepada anak-anak muda yang jauh dari bi'ah solehah . Sang daie turun ke lapangan sebagai sebahagian daripada dakwah fardhiah kita. Kami tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan , tetapi bergerak dengan inisiatif sendiri.

Bayaran : Infaq (untuk fotostat bahan-bahan edaran)

Cara pengoperasian : Mengedarkan risalah berkenaan dengan bahaya zina, couple, hiburan melampau , tutup aurat dsb kepada golongan sasar di KB Mall. Kita juga akan mengedarkan borang survey untuk diisi oleh pengunjung di sana

Target peserta (pendakwah) : Orang suka menginfakkan sebahagian masa ke jalan Allah . Rela menginfakkan wang untuk ke program ini (kenderaan , minyak , fotostat , makan minum sendiri dan kredit hand phone). Diberi penekanan kepada peserta-peserta daripada Institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi (IPT) . Yang sudah bekerja amat dialu-alukan untuk hadir.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akh Zhaf (019-4554508) dan Ukht Afifah (013-6104964)

No comments:

Post a Comment