Monday, October 5, 2009

MUSLIMAT POWER !


" Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumah tangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka tentang peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu surah dari Al-Quran.

Begitu juga seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad.

Pada masa dahulu seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunuskan senjata. Contohnya ialah seperti yang telah di lakukan oleh Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dlm peperangan Uhud."

( Mustafa Mashyur-Mursyidul Am ke-5 Ikhwan Muslimin)


Ayuh MUSLIMAT !!

Bangkitlah dikau wahai Srikandi Islam. Bangunlah dikau dari angan-angan yang panjang. Angan-angan yang boleh membantutkan kebangkitan Islam itu sendiri. Ingat lah! Apabila kita hidup hanya utk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dr bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula drpd bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).

Ingatlah..bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya.Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.
-AS SYAHID S. QUTB-



No comments:

Post a Comment