Monday, June 8, 2009

Mesyuarat Ikatan Kerohanian JPP Zon Utara Kali Ke-3






Mesyuarat ini telah diadakan di rumah seorang sahabat iaitu al-akh Ahmad Zakir Bin Mohd Amin (YDP IPGM KSAH). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh presiden IKatan JPP Kerohanian Zon Utara sendiri iaitu al-akh Nik Mohd Fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed. Turut menghadiri, perwakilan dari IPGM Kampus Ipoh dan IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan pengisian jiwa yang telah disampaikan oleh pengerusi Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan iaitu al-akh Ahmad Zakir Bin Mohd Amin yang juga tuan rumah mesyarat kali ini.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk menentukan halatuju organisasi ini dan mendiskripsikan tugasan persidangan yang bakal diadakan nanti. Berbincangan juga untuk mengemaskini bidang tugas lujnah-lujnah yang telah dibentuk pada menyuarat kali yang ke-2. Dihangatkan lagi dengan perbahasan mengenai permasalahan semasa di IPGM masing-masing.

Kepada semua daie-daie di IPGM, marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan agama Allah di bumi wakafan IPGM kita semua. Sama-samalah kita berjuang mengembalikan kegemilangan Islam di dunia ini.

Dan...

Ianya hendaklah bermula dari kita semua bakal pendidik generasi masa hadapan.

3 comments:

  1. SEDIKIT LONTARAN PERSOALAN:

    1)Berbalik pd meting ikatan ini, apa halatuju dan matlamat penubuhan ikatan secara jelas..

    2) Siapa penasihat ikatan ini?

    3) Adakah penasihat JPP Biro Agama, Penasihat JPP dan pentadbir tahu tg ikatan ini

    4) Jika ya, bgm respon mereka...

    t.kasih

    ReplyDelete
  2. salam pengetahuan...
    ingin diri ini bertanya persoalan yang sudah lama membuku dalam akal.
    lama-lama disimpan rasa makin tidak faham...
    Apakah peranan Ikatan Zon Utara ini kepada mahasiswa setiap IPGM zon utara.
    Apakah contoh-contoh program bersama mahasiswa yg telah dilaksanakan di semua IPGM Zon utara.
    Maybe daripada sini blh share apa2 information yg bermakna

    ReplyDelete